Matanya bulat dan memikirkan sesuatu.

Satu pasangan datang ke gerai jualan PTS pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007 pada petang Rabu itu. Lelaki amat berminat mencari buku tentang pelaburan. Perempuan pula minat mencari buku pendidikan kanak-kanak pra sekolah.

Sedang sahabat penulis, tuan Shamsuddin Kadir berbual dengan lelaki itu tentang pelaburan. Saya pula bertanya kepada si perempuan pula, “Minat menuliskah?”

Jawabnya dengan senyuman, “Minat menulis tetapi tidak ada idea.”

Saya melihat beberapa buah bukuyang dibelinya. Semuanya tentang pendidikan pra kank-kanak. Beliau merupakan penuntut dalam bidang tersebut di sebuah kolej swasta.

Balas saya, “Pernah menulis tugasan dan buat pembentangan dalam kelas?”

“Ya,” jawabnya.

“Sebenarnya apa yang saudari tulis di kertas peperiksaan itu kalau diolah semula boleh dibuat artikel untuk majalah yang bersesuaian. Kalau pendidikan pra kanak-kanak, hantarlah kepada majalah keluarga dan pendidikan kanak-kanak,” jawab saya.

Matanya bulat dan memikirkan sesuatu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: