Promosi bakat dengan penulisan

Ada orang memiliki beberapa jenis bakat. Bakat tersebut saling menyokong antara satu sama lain. Sebagai contoh, dalam Pesta Buku Antarabngsa Kuala Lumpur 2007 lalu, saya didatangi oleh satu pasangan suami isteri yang mempunyai kemahiran dalam bidang perubatan alternatif. Setelah hampir lima belas minit bertukar-tukar pandangan dan kesempatan untuk mendapatkan sedikit ilmu tentang perubatan alternatif, mereka memikirkan cara untuk menceritakan tentang perubatan alternatif kepada orang ramai dalam bentuk penulisan.

Kebetulan hari itu merupakan sesi saya bersama pembaca, maka buku-buku yang bersesuaian disediakan. Antaranya Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas. Bagi saya menceritakan dari A ke Z tentang kaedah mempromosikan perniagaan beliau dalam bentuk penulisan, lima belas minit belum tentu cukup. Tambahan lagi pasangan yang serasi minat dan bakat ini ada keperluan lain untuk ke gerai jualan lain. Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas menjadi pengganti saya untuk membantu mereka sedaya yang Allah berikan.

Cadangan saya dan kepada pembaca. Jika saudara ada kemampuan menulis, jadikan penulisan sebagai sumber mempromosikan bakat yang saudara ada. Salah satu cadangan saya kenal pasti majalah-majalah atau akhbar yang bersesuaian untuk bercerita tentang bakat anda.

Jika anda mahir tentang ubat-ubatan berdasarkan herba, mungkin majalah Agro sesuai untuk saudara ketengahkan penulisan bersiri tentang herba dan faedah dari sudut perubatan. Buat bersiti, tidak perlu panjang-panjang. Cukup sekitar satu setengah halaman A4 dan langkau sebaris. Ambil gambar pohon jika ada. Cadangkan kepada editor untuk 6-12 bulan keluaran. Jika itu rezeki saudara, insya Allah ruangan itu akan menjadikan saudara sumber rujukan pembaca dan mengembang bisnes (jika itu yang dilakukan sekarang)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: