Hapuskan hantaran kahwin terlalu tinggi

Utusan Malaysia 7 Mei 2007
JUMLAH hantaran terlalu tinggi bukan suatu yang baru. Apa yang diketengahkan oleh Mufti Perlis sebenarnya telah lama diperkatakan oleh masyarakat negara ini.

Apa yang diketengahkan oleh beliau diharap membuka mata pihak-pihak tertentu mengambil tindakan sewajarnya.

Hantaran yang tinggi ini bukan budaya atau amalan orang Islam. Apa yang terjadi hari ini ialah masyarakat kita terikut-ikut dengan apa yang dipaparkan oleh selebriti tertentu. Mereka ini menjadi ikutan masyarakat.

Justeru, pihak media massa tidaklah perlu diperbesar-besarkan perkahwinan yang gah dengan hantaran terlalu tinggi ini.

Dengan berbuat begini, kita dapat mengurangkan sedikit ikutan yang tidak berapa baik.

Kebendaan

Hantaran yang tinggi dewasa ini juga disebabkan ibu bapa masa kini terlalu memandang kebendaan. Mereka seolah-olah berlumba-lumba dengan masyarakat setempat. Jika jiran meletakkan hantaran tinggi, maka mereka juga mahu berbuat demikian.

Apabila kita meletakkan hantaran tinggi, ibu bapa sebenarnya telah membebankan pasangan yang ingin berkahwin. Ada antara mereka yang sanggup berhutang atau membuat pinjaman bank untuk memenuhi hajat berkahwin.

Jika pinjaman dibuat di bank secara sah tidak mengapa tetapi jika pinjaman dibuat dengan Ah Long, akhirnya bukan kebahagiaan datang, sengsara yang menjelma.

Kepada ibu bapa fikir-fikirlah, anda bukan hendak menjual anak tetapi hendak mengahwinkan mereka dengan harapan memenuhi sunah nabi. Mereka bahagia, anda juga bahagia.

– ISMAIL IPP,

Alor Star,

Kedah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: