Terpaksa membujang wang belanja tinggi

Berikan pandangan anda!
Terpaksa membujang wang belanja tinggi
Utusan Malaysia 8 Mei 2007

BALING 7 Mei – Wang belanja dan hantaran yang terlalu tinggi bagi melangsungkan perkahwinan menyebabkan sesetengah lelaki lewat mendirikan rumah tangga dan terpaksa membujang sementara menunggu masa yang sesuai untuk berkahwin.

Pengerusi Badan Dakwah dan Kebajikan Islam Baling (Badar), Datuk Abdul Wahab Din berkata, pihaknya menerima banyak rungutan daripada golongan lelaki yang telah mempunyai teman wanita tetapi terpaksa menangguh hajat untuk berkahwin kerana masalah kewangan.

‘‘Mereka memberi alasan hantaran terlalu tinggi dan kos belanja majlis perkahwinan yang juga besar telah menyekat hasrat mereka untuk menamatkan zaman bujang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, sikap pihak tertentu yang meletakkan hantaran perkahwinan terlalu tinggi menyebabkan timbulnya perasan berbelah bahagi di kalangan lelaki untuk berkahwin.

Mengulas surat pembaca dalam Utusan Malaysia hari ini berhubung isu hantaran perkahwinan yang tinggi dan boleh menyukarkan pasangan pengantin, beliau berkata, tindakan itu boleh mengundang pandangan negatif terhadap perkahwinan dalam Islam.

Beliau mengakui wang hantaran dan belanja perkahwinan pasangan pengantin sekarang telah meningkat sehingga RM12,000 berbanding antara RM3,000 dan RM5,000 sebelum ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: