Bina Hati & Kualiti Diri Insani

 

Terima kasih atas sokongan, kunjungan para pembaca buku tulisan Zamri Mohamad di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007!

Istimewa buat para pelawat dari Malaysia, Indonesia, Brunei & Singapura

Terkini! MAC 2007
Hadiah untuk diri dan untuk yang diingati.
(klik di sini)

buku.png

klik.pngSelamat datang ke laman web rasmi Motivasi Minda. Laman web ini pertama kali menemui pengunjung sekitar akhir tahun 2001 melalui laman web menggunakan enjin Geocities. Perubahan demi perubahan dibuat untuk kemudahan pelawat dan penulis.

Matlamat kewujudan laman web ini sebagai tempat perkongsian pengalaman, pandangan, ilmu, tip-tip, kritikan dan soalan yang berkait dengan diri dan orang ramai. Ia menyentuh pelbagai isu kemasyarakatan dan memfokuskan kepada agenda memotivasikan minda.

Motivasi Minda diwujudkan oleh penulis bebas, Zamri Mohamad. Bermula dari penulisan akhbar, majalah dan buku, laman web ini juga menjadi ruang sembang dan santai bersama para pembaca bagi mendapatkan maklumbalas dan bimbingan dari mereka.

Kehadiran saudara-saudari sebagai pembimbing, sahabat dan guru amat dialu-alukan. Semoga kita beroleh rahmat dan keberkatan dari pertemuan di alam siber ini.

Klik pilihan anda di bawah atau di menu disediakan

49 Komen »

  1. Syabas saudara Zamri kerana membuat laman web yang begitu menarik dari segi pandangan dan kaya dengan isi yang berfaedah.

    Teruskan usaha saudara yang mulia ini. Semoga terus diberkati Allah.

  2. aliman said

    Terima Kasih Tuan Alang.

    Saya menantikan catatan travelogue tuan dalam perjalanan dan kisah menarik di Sudan. Saya amat berbesar hati duduk di sebelah tuan ketika bengkel penulisan tempoh hari.

  3. yalin said

    macam mana kalau ingin menjadi penulis..khabarnya mencari penulis baru..

  4. Adakah saudari Yalin berminat dalam penulisan berbentuk bantu diri, tip-tip atau kreatif. Jika kreatif saya suka untuk mencadangkan http://www.universitipts.com

    Bagi yang berbentuk tip-tip dan panduan, saya amat berbesar hati menerima sebarang penulisan saudari Yalin di sini😀

    Boleh hantarkan contoh ke penulis@malaysia.com

    ZAMRI MOHAMAD

  5. Fadhilah said

    Terima kasih saudara kerana sudi singgah sebentar to my blog!

  6. Kehadiran saudari Fadhilah dialu-alukan😀

  7. nieys said

    Encik Zamri, terima kasih kerana hadir dan menitipkan pesanan di blog saya. dan kini, saya menghadirkan diri di sini.. sekadar meninggalkan jejak. Barangkali, kita boleh berkongsi maklumat dan pandangan mengenai topik yang diperbincangkan..🙂

    p.s : templete kita sama ya..🙂

  8. aliman said

    Saya gemarkan template ini ringkas dan menarik

  9. nieyszahri said

    assalamualaikum,

    Zamri, saya cuma ingin beritahu yang saya sudah bertukar ke laman web yang baru..🙂

  10. hai..,salam kenal..

  11. Zamri Mohamad said

    Terima kasih kak Niey atas makluman. saudari fedabeckham kalau dapat dikongsi kisah pertemuan romantis dengan suami di Motivasi Minda mungkin boleh memotivasikan orang lain yang membaca. Begitu juga kak Niey🙂

  12. pakteh said

    Eee, tak reti la pulak nak menulis. Tulis merapu-rapu banyak kat blog Pakteh. Tenguklah.

  13. Faizal said

    Zamri..saya ada blog saya sendiri..
    tapi saya x tahu cam mana nak design web saya tu..
    awk leh tlg tunjuk ajar x?

  14. Zamri Mohamad said

    Saudara Faizal, gunakan bahasa melayu sepenuhnya di sini ya🙂 WordPress ada ruangan tutornya🙂

  15. fairuzniza said

    salam.dengar khabar ingin mencari penulis baru.saya berminat, tetapi bagaimana caranya?mungkin saudara boleh singgah ke blog saya dan lihat bagaimana bentuk penulisan saya. terima kasih.wassalam.

  16. Faizal said

    oo..
    awk leh ajar cara nak create Menu cam kat blog awk ni x?

  17. Faizal said

    saya dah antar msg kat email awk zamri..
    awk cuba buka..email awk..

  18. Zamri Mohamad said

    Saudara Faizal, gunakan bahasa melayu sepenuhnya di sini ya WordPress ada ruangan tutornya

  19. Faizal said

    ada tak sesiapa yang boleh membantu saya…
    untuk ajar saya membuat page blog saya..contohnya Menu dalam website ini…
    saya amat memerlukan pertolongan anda.

  20. Hati dan kualiti diri seseorang adalah terletak pada sejauh mana kesedaran diri seseorang itu dengan tanggungjawab dan amanah yang dipikul. Tidak kira sama ada kita seorang pelajar, atau guru, seorang pekerja atau majikan, seorang doktor, jurutera, ibu, bapa, imam, makmum dan sebagainya. Dengan adanya kesedaran diri tentang tanggungjawab dan amanah yang dipikul, bukan hanya sekadar mencari rezki tapi menabur ilmu, bakti, jasa dan kemahiran mahupun pengalaman, semuanya memberi kesan terhadap hati dan kualiti seseorang insan. Dengan adanya kesedaran ini, lonjakan motivasi di dalam karier mahupun hidup akan terus dijana tanpa mengira penat lelah mahupun pelbagai dugaan yang dihadapi. Pendek kata, kita semua perlu sedar bahawa duni ini tidak meminta kita untuk mengejar aset duniawi mahupun status penghormatan, ianya hanya mahu kita sedar bahawa…KITA TIDAK BOLEH HIDUP BERSENDIRI DAN REALITINYA, KITA MEMERLUKAN ORANG LAIN DALAM MEMBENTUK DIRI DAN HIDUP KITA SENDIRI. Fikirkanlah…

  21. Duit bukan segalanya tetapi dalam dunia fatamorgana yang penuh dengan halusinasi, imaginasi dan realiti telah membangkitkan rasa bahawa duit adalah segalanya. Tanpa duit kita tidak boleh berbuat apa-apa, kia akan menjadi seorang insan yang akhirnya tertekan dengan permasalahan hidup. Tetapi jika kita cuba renung kembali akan nikmat kasih sayang sesama insani, tidak kira hubungan antara ahli keluarga, sahabat handai, mahupun cinta maka sesungguhnya masalah duit itu tidak akan menjadi satu masalah kerana dalam menilai erti kasih sayang dan cinta sejati ianya mampu melenyapkan permasalah yang dibangkitkan sebentar tadi. Anda faham? Jika para pembaca tidak faham, maka cubalah fahami maksud tersirat yang cuba diutarakan. Jika kita merasa diri kita dibelenggu dengan masalah ini, cuba fikirkan bagaimana dengan nasib graduan yang masih hidup terumbang ambing dan menghadapi masalah ini. Saya hanya mampu katakan bahawa, bersyukurlah kerana kita masih ada insan di sekeliling kita yang menyayangi kita, dan yang paling utama…KITA ADA DIRI KITA SENDIRI YANG SENTIASA MENYAYANGI DIRI KITA.

  22. Zamri Mohamad said

    Terima kasih saudara Shahrul Hafiz Abd Mokta.

    Kesimpulan dari petikan di atas saya kira:

    Kasih sayang teras ketenangan dan kekuatan jiwa baik ketika sendiri mahupun bersama orang lain.

    Harta, wang dan kuasa itu adalah medium bukan matlamat dan cita-cita. Ia adalah alat untuk memenuhi keperluan kehidupan.

  23. zalisa said

    hmm menarik cadangan zam ni. rasa nak sertai. tapi skrng tak boleh. ada kerja lain yg sdg menghambat.

  24. Zamri Mohamad said

    Tidak mengapa kak Zalisa, selesaikan yang utama terlebih dahulu. Insya Allah ada peluang kita bekerjasama.

  25. Nuril said

    assalamualaikum
    saya agak berminat untuk berjinak-jinak dalam dunia penulisan
    tapi sy mengharapkan tunjuk ajar daripada kalian untuk memulakannya

  26. aliman said

    Saudari Nuril, emailkan saya jenis penulisan yang saudari minati ke penulis@malaysia.com

  27. Ainin Naufal said

    Assalamualaikum Zamri.

    Tahniah. Semakin kencang menulis. Tentu lepas ini satu persatu buku-buku awak akan meluncur. Teruskan, orang muda.

    Tajuk baru, Magnet Cinta. Auuuwww… dijamin melekat

  28. Aini Murni said

    Tajuk buku magnet cinta dan covernya menarik itu sangat mengujakan….

  29. Zamri Mohamad said

    Terima kasih.
    Moga-moga dapat membantu lebih ramai dan memberi kebaikan kepada diri dan orang lain.🙂

  30. SAya ingin berbagi informasi tentang buku motivasi yang sangat bagus, judulnya “Sesegar Telaga Kautsar, Tadabbur Kreatif 30 Ayat Motivasi”. Penulisnya, Hudzaifah Ismail, diterbitkan oleh Senayan Publishing, Jakarta. Isi luar biasa menggugah dengan gaya penuturan yang mengalir dan mudah dicerna. Pembahasan2nya diberinama “Mata Air” 1, 2, 3, dan seterusnya. Sebagai cerminan Mata Air Telaga Kautsar. Saya baru baca semua isi buku itu dan saya ingin mengulanginya beberapa kali lagi…

  31. Zamri Mohamad said

    Terima kasih saudara introspeksidiri, nanti saya akan cari buku-buku ini. Sememangnya di Indonesia, himpunan buku-buku bermutu bagaikan banjir besar. Teringin hendak ke sana satu hari nanti.

  32. En. Koay said

    I tengah cari buku motivasi yang mungkin sesuai untuk ahli kumpulan saya melalui google, dan nampak web Zamri ini.

    “Bina Hati & Kualiti Diri Insani” pada pendapat saya adalah sangat penting. Harap Zamri dapat teruskan program ini, supaya boleh bantu lebih ramai orang dapat BINA HATI & KUALITI DIRI mereka.

    I akan rujuk ahli kumpulan saya ke web anda, saya dari http://www.OTELO2U.COM

    Harap kita sama-sama dapat membantu pengunjung website kita dapat apa yang mereka mahu.

    Terima Kasih.

  33. aliman said

    Terima kasih encik Koay. Semoga bisnes tuan dan kumpulan terus maju.😀

    ZAMRI MOHAMAD

  34. Wah!, memang laman web ini lebih tersusun, kemas dan canggih berbanding yang sebelumnya. Saya rasa ketinggalan 100 tahun!

  35. Kenapa jauh sangat sampai 100 tahun. WordPress sediakan template,kita ikut sahaja😀

  36. iyelah..saya yang belum explore sebenarnya. hehehehe…Saya dah naikkan jadual pts kat blog masa pesta buku. Syabas!

  37. Zamri Mohamad said

    Terima kasih. Tuan Panah, jom pakat-pakat pindah pakai wordpress (blogspot pun masih digunakan lagi).

  38. dikmal said

    Assalamualaikum Zamri Mohammad

    Kemas, menarik dan bagus!

    Teruskan usaha anda🙂 Saya salah seorang pembaca buku anda dan masih membaca🙂

    Lawatlah blog Dik Mal kira berkesempatan🙂

    Dik Mal
    Ampang, Selangor

  39. aliman said

    Saya sudah pautkan laman web saudari di dalam laman web saya😀

  40. aliman said

    Terima kasih sekali lagi. Kalau ada cadangan dan kritikan untuk buku-buku seterusnya, saya sentiasa bersedia mendengar.

  41. dikmal said

    Salam

    Terima kasih🙂 Web ini akan dipautkan pada blog wordpress saya selepas ini🙂

    Salam ukhwah.

    Dik Mal
    Ampang, Selangor
    http://dikmal.wordpress.com

  42. dikmal said

    Salam

    Web saudara sudah dipautkan di laman web saya🙂

    Kalau tak silap, saudara akan berada di Pameran Buku Antarabangsa nanti, bila tarikhnya ya?

    Terima kasih sekali lagi.

    ‘Pena menari, lagunya ilham’

    Dik Mal
    Ampang, Selangor
    http://norakmal.blogspot.com

  43. Zamri Mohamad said

    Insya allah pada 3 Mac 2007. Insya Allah mudah cam saya. Besar-besar orangnya.

    Penari Menari, Lagunya Ilham, Pencetus Tradisi Hidup Insani.

  44. Hasanah said

    Syabas saudara Zamri!

    Teruskan usaha murni anda!

  45. aliman said

    Terima kasih Dr Hasanah!
    Kenapa banyak password dalam web Dr?
    Sembunyi-sembunyi ya!😀

  46. al_ghazali said

    teruskan perjuagan kalian…moga Allah memberkati hidup kita semua di atas usha murni ini…

  47. zahiramli said

    Teruja saya bila awak link kan blog saya. Terima Kasih juga memberi semangat kepada untuk menulis.IsyaAllah saya cuba meningkatkan mutu tulisan saya.

    Cinta? Saya lemah sikit bab ni. Mungkin kena dapat bantuan daripada buku Zamri.

    M.ZAHIR RAMLI

  48. Zamri Mohamad said

    Penulisan tuan mudah dan senang diikuti. Bagus fokus dengan apa yang tuan minat tulis, tentang perniagaan dan akaun. Susun buat artikel majalah kemudian kalau sudah cecah 200 muka surat bukukan.

  49. Akhi Zamri;

    Teruskan perjuangan dalam bidang penulisan. Selamat maju jaya.🙂

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: