Biodata Penulis

22.jpgZamri Mohamad dilahirkan pada 17 November 1981 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) jurusan komunikasi dalam pengkhususan kewartawanan dan media.

Terlibat sebagai penulis bebas dalam beberapa buah majalah dan akhbar tempatan sejak tahun 2001. Siri penulisan beliau yang pernah disiarkan meliputi isu-isu kekeluargaan, remaja, masyarakat dan agama. Beliau muncul di dalam akhbar dan majalah seperti Utusan Malaysia melalui ruangan Bicara Agama, Rencana dan Pendapat, KOSMO melalui ruangan Akademia, Berita Harian melalui ruangan Rencana, majalah I, Minda, Dewan Ekonomi dan menjadi kolumnis bagi majalah Dewan Siswa.

Beliau merupakan bekas pembantu pembangun program secara separuh masa bersama sebuah rangkaian penyiaran Islam pertama di Malaysia, Ansar Channel, MITV.

Kini beliau menjawat jawatan Pembantu Koordinator, Perhubungan Media, Jabatan Rektor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Pada masa sama beliau menjadi sebahagian alumni Kolej Kediaman Ali Ibn Abi Talib UIAM dan membantu mewujudkan projek studio mini kampus, televisyen web CAMPUS TV dan radio maya pertama di UIAM bersama-sama pelajar dan koresponden bebas Metro TV Indonesia di Malaysia, saudara Ade Mahmud.

100_7876-1.jpg

100_7896-1.jpg

Beliau juga menggerakkan dan memenuhi jemputan bagi mengendalikan bengkel-bengkel penulisan dalam skala kecil untuk para remaja sekolah dan institusi pengajian tinggi yang berminat menghasilkan penulisan berbentuk rencana dan buku.

Sehingga kini beliau telah menghasilkan beberapa buah buku dalam pelbagai bidang yang mendapat ulasan di akhbar-akhbar nasional dan televisyen tempatan antaranya,

Beliau juga mengasaskan dan mengendalikan laman weblognya sepenuh masa dan boleh dihubungi di www.motivasiminda.wordpress.com.

100_82991.jpg

100_82761.jpg

Selain menjadi sukarelawan di laman web drcinta.com, beliau turut terlibat aktif dalam program-program seminar-seminar, kursus, bengkel, pembentangan kertas kerja oleh pakar-pakar di peringkat tempatan, nasional, asia tenggara dan antarabangsa yang amat membantu beliau dalam menghasilkan penulisan yang bermanfaat untuk dikongsi orang ramai antaranya:

10 Komen »

  1. shirley yit said

    En.Zamri Mohamad, saya seorang pelajar dari UPM, bolehkah saya menemuramah encik secara online?temuramah ini adalah tugasan yang diberi oleh lecturer kami.
    kandungan:
    1. Pandangan tuan mengenai profesion penulisan di Malaysia
    2. Pandangan tuan mengenai isu etika kewartawanan
    3. Pandangan tuan mengenai pegangan etika masyarakat

    Harap encik dapat reply soalan temuramah saya secepat mungkin,terima kasih!
    p/s: boleh encik bagi gambar encik kepada saya?ribuan terima kasih dikirimkan!

  2. Zamri Mohamad said

    Cik Shirley Yit,

    Saya tidak ada apa-apa halangan untuk membantu saudari.
    Saudari boleh emailkan soalan-soalan tersebut ke emel saya atau ingin saya jawab sahaja ketiga-tiga soalan tersebut?

  3. shirley yit said

    dear saudara zamri mohamad,saya telah emailkan soalan-soalan tersebut ke emel saudara,harap mendapat maklum balas saudara secepat mungkin, terima kasih!!!

  4. aliman said

    Amboi saudari Shirley,

    Bimbang saya lewat ya. Saya sudah e-melkan respon tersebut😀

  5. Shirley Yit said

    Terima kasih En. Zamri!! terima kasih aliman!(walaupun tidak tahu siapa En. aliman) :-p

  6. Noralyati Yahya said

    Bolehkan saya menjadi penulis bersama dengan tuan? Saya pernah emailkan biodata serta resume saya.

    Terima kasih.

  7. aliman said

    Saya amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan cik/puan. Saya sudah menerima resume tersebut. Saya dalam proses dalam menyiapkan buku ke lima dengan seorang penulis. Jangkaan tamat akhir April sebelum bergerak ke buku seterusnya.

    Bolehkah jika cik/puan hantarkan contoh penulisan separuh muka. Saya dapati cik/puan ada tesis yang menarik untuk dijadikan bahan buku. Saya akan maklumkan dalam e-mel.

  8. al_ghazali said

    salam…
    saya pun berminat untuk menjadi seorang menulis…lgpn saya minat untuk menulis..tetapi tidak tahu wahana untuk disaluirkan…harap dapat berkerjasama dengan saudara…

  9. Insya Allah boleh. Jom datang ke pesta buku pada 2 Mei 2007 kita bincang-bincang

  10. fauzi_muda said

    saya mesti terharu dan harus meneteskan air mata bahagia ketika melihat ank-anak muda seusia ku mampu memberi sumbangan ide dan pemikiran, melampaui zamannya.
    bangga, bangga dan bangga.
    thanks

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: