Program Penulis Bersama

Program Penulis Bersama

 

oleh
ZAMRI MOHAMAD
penulis di bawah PTS Publishing & Distributor Sdn Bhd

Pendahuluan

Secara psikologi, pembaca mempunyai persepsi tersendiri apabila membeli buku-buku di kedai buku. Apabila penulis tersebut mempunyai empat hingga lebih daripada satu buah buku yang disusun di rak-rak buku, ia memberi keyakinan kepada pembaca bahawa penulis itu mempunyai kredibiliti dan pengalaman berkarya.

Jika saudara hanya mempunyai sebuah buku, buku itu akan berhadapan dengan keadaan hilang di celah-celah ratusan nama penulis tunggal lain. Pekedai juga mempunyai kesulitan membuat book display jika hanya ada satu nama dan satu buku tulisan sahaja.

Bagi tujuan promosi melalui penghasilan poster dan bunting, ia akan merugikan penerbit jika hanya satu buku sahaja dicetak. Mereka memerlukan beberapa buah buku dicetak dalam poster dan bunting yang sama pada kos yang sama sebagai cara pemasaran karya yang efektif.

Program penulis bersama untuk saudara.

 

Penulis-penulis bestseller menggunakan formula ini bagi membantu penulis-penulis baru sebagai usaha memudahkan karya mereka diterima segera dengan gabungan formula menang-menang.

 

Khusus kepada mereka yang berminat menulis buku pengurusan pejabat, bisnes dan motivasi bisnes. Program Penulis Bersama membantu menyediakan bakal penulis ke pasaran buku yang dikehendaki pembaca.

 

Dikendalikan oleh saudara Zamri Mohamad bagi membantu penjenamaan penulis baru dalam pasaran di negara ini. Penulis-penulis baru didedahkan dengan kaedah KJ Method dan teknik penulisan buku sesuai bagi mereka yang sibuk.

 

Zamri Mohamad telah menghasilkan empat buah buku dan telah memasuki pasaran Asia Tenggara melibatkan negara-negara seperti Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura. Buku yang ditulis dalam pelbagai bidang yang mendapat ulasan di akhbar-akhbar nasional dan televisyen tempatan.

 

Penjenamaan Penulis Baru

Program mentor-mente bertujuan meletakkan penulis baru ke dalam pasaran buku dan sebagai cara penjenamaan penulis melalui penulisan. Melalui program ini penulis di bawah mentor akan diketengahkan kaedah menulis, teknik berkarya cara KJ Method dan pendekatan yang bersesuaian dengan kehendak pembaca.

Program penulis baru ini digerakkan sebagai penjenamaan penulis baru bersama Zamri Mohamad. Sesuai bagi penulis-penulis baru yang sibuk.

Cadangan Tajuk buku

Mencari penulis-penulis baru berbakat dalam penulisan berbentuk non fiksyen iaitu bisnes, komunikasi, motivasi, perhubungan, kekeluargaan dan cinta. Tajuk buku hendak dihasilkan berdasarkan mana-mana kategori berikut:

 

 

Hanya bagi tajuk dicadangkan oleh penulis baru, ia mesti disertakan dengan proposal buku mengikut format yang diberikan (Muat turun maklumat ) klik di sini: buku-contoh.pdf 

 Bagi kategori lain, sertakan contoh penulisan saudara sebagai penilaian sebelum perkara-perkara lain diambil kira.

Senarai penulis bersama

Senarai buku terbitan PTS pada tahun 2008

 

 

Kaedah kerja

Dari masa ke semasa, mentor bertindak menerima hasil penulisan dan menyunting atau menambah berdasarkan keperluan pembaca dan penerbit.

Penulis baru akan mengemel secara berperingkat sehingga manuskrip selesai sepenuhnya.

 

Agihan Royalti

Peratusan royalti jualan (7%-11%) dari pihak penerbit dipecahkan sesama penulis kepada 70:30 iaitu:

Perjanjian buku yang dikeluarkan oleh penerbit akan .ditandatangani secara bersama.

Susulan

Penulis baru bebas menulis secara sendiri selepas terlibat dalam projek penulisan bersama ini atau terus dengan program ini bagi penjenamaan beberapa karya.

Hubungi penulis

 

Mereka yang berminat bolehlah menghubungi zamrimohamad@gmail.com dengan cadangan tajuk buku yang hendak ditulis atau ingin menerima sebarang tajuk yang dikehendaki.

Muat turun maklumat lanjut di sini buku-contoh.pdf 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: