Archive for Mac 24, 2007

Macam-Macam: Lelaki iklan internet cari teman sekubur

Berita Harian Sabtu, 24 Mac 2007
Macam-Macam: Lelaki iklan internet cari teman sekubur

NANJING: Seorang lelaki bujang China menyiarkan iklan di internet untuk mencari teman sekubur bagi memastikan dia tidak kesunyian selepas kematiannya.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Li, 45, berkata dia sedang berbual dengan rakannya di sebuah bar dan mereka berbincang mengenai kehidupan dan kematian dan idea mencari teman sekubur tiba-tiba muncul.

Iklan itu menyebabkan Li menerima pelbagai pandangan, tetapi seorang wartawan dari Jinling Evening Post adalah orang pertama yang menghubunginya kerana berasa hairan dan ingin mengetahui lebih lanjut. Baca baki entri ini »

Tinggalkan Komen

Falsafah Hidup Penulis

Soalan dari pelajar Universiti Putram Malaysia (UPM) saudari Yu Lit Ling

Falsafah hidup tuan

Cipta kebahagian diri dan kongsi kebahagian kepada orang lain.

Dalam falsafah hidup ini saya merangkumkan segala bentuk perbuatan dan cetusan pemikiran agar selari dengan perjalanan hidup saya.

Dalam penulisan, meskipun apa yang kita catatkan merupakan kritikan sosial terhadap masyarakat dan institusi, ia tidak bermaksud kita harus meninggalkan mereka dengan penulisan yang menyalahkan mereka dengan perlakuan yang tidak kita setujui. Penulisan kita harus pada masa sama memberi satu jalan atau alternatif sebagai pencetus penyelesaian terhadap isu yang dikritik.

Dalam bahasa mudah, kebahagian ini bermaksud memberi satu lagi sisi untuk merungkai struktur permasalahan yang kompleks kepada sesuatu yang lebih bersifat mesra masyarakat. Baca baki entri ini »

Tinggalkan Komen