Archive for September 30, 2005

Diskusi : Tip Menghalang Remaja Kepada Gejala Negatif

Diskusi : Tip Menghalang Remaja Kepada Gejala Negatif

Diskusi slot ketiga ini melibatkan dua orang ahli panel iaitu D.S.P Habibah Abd Manaf dari ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya dan Puan Khadija Abdullah dari jabatan Kebajikan Masyarakat.

Keseluruhan diskusi ini membincangkan sebab-sebab masalah sosial yang diertikan sebagai pelbagai kelakuan negatif yang tidak mendapat sokongan moral masyarakat keseluruhan. Antara sebab-sebabnya meliputi:

· Kekurangan nilai dan pengamalan agama.
· Cenderung ke tempat-tempat yang lebih menyeronokan berbanding sekolah.
· Kurangnya kekuatan sistem sekolah dan masyarakat dari sudut kerjasama dan pemantauan bersama.
· Tekanan-tekanan yang disengajakan dalam proses pendidikan kanak-kanak dan dewasa.
· Mudah terlibat dengan pergaulan sosial tanpa batas.
· Faktor individu melibatkan sikap ahli keluarga dan suasana dalamnya, memberi penekanan terhadap disiplin secara kasar tanpa memberi perhatian, kongkongan lebih-lebih lagi dilakukan oleh ahli keluarga yang berpecah belah, serta kawasan kejiran yang tidak sihat dengan individu-individu rosak melibatkan pengaih-penagih dadah di sekitar kediaman selain daripada kemiskinan.

Pendekatan seorang ibu sebagai orang yang paling layak dan rapat untuk berunding dengan anak disifatkan gagal apabila ibu gagal menjadikan dirinya sebagai sebagai seorang ‘consultan’ yang selesa tetapi berubah kepada ‘manager’ yang menyusun hiduo anak tanpa memberi peluang untuk mengekspresi dan merujuk kehendaknya kepada ibu.

Kemahiran mendengar adalah penting dalam membantu anak-anak. Pada masa yang sama ilmu kekeluargaan adalah sesuatu yang perlu dipelajari dan dipraktikan khususnya dalam ilmu perkembangan anak-anak. Aktiviti dan rakan-rakan anak harus dikenali khususnya apabila anak-anak mengenali sahabat melalui internet. Meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah dan menjadikan ahli keluarga berkemahiran sebagai seorang kaunselor di rumah amat membantu untuk mengatasinya.

Kurangnya budaya tegur menegur dalam masyarakat atau budaya kampung menjadikan sikap tidak peduli menjadi-jadi. Tumpuan terhadap agama dan menambah nilai kasih sayang dan menjadikan pendidikan anak bermula dari kandungan sebagaimana menjadikan rahim ibu sebagai universiti akhlak dan moral pertama perlu selain daripada mengawal serangan televisyen ke dalam rumah dan masalah kewangan yang memerluakn ibu bapa berada di luar berbanding melebihkan masa dan aktiviti dengan anak-anak.

Catatan bergambar penulis dari Seminar Kaunseling Kekeluargaan, Pendekatan Efektif Dalam Membimbing Remaja, 24 September 2005

Tinggalkan Komen

Mengenalpasti dan Mengendalikan Perubahan Dalam Remaja.

Mengenalpasti dan Mengendalikan Perubahan Dalam Remaja.

Sesi kedua dikendalikan oleh Dr Toh Chin Lee, pakar perunding kanak psikitari kanak-kanak dan remaja, Hospitla Kuala Lumpur (HKL). Ia mempunyai persamaan dengan slot awalnya apabila menyentuh tentang jenis perubahan yang bakal dilalui oleh seorang remaja yang melibatkan tiga perkara iaitu, perubahan fizikal, perubahan mental dan emosi serta perubahan sosial.

Menurut Dr Toh, berdasarkan kajian selama sepuluh tahun sehingga tahun 1990 terhadap 5, 938 remaja dari sembilan buah negara, didapati 80 peratus tidakmempunyai masalah dan berkeadaan baik dibandingkan 20 peratus selebihnya. Berdasarkan keputusan kajian ini, disimpulkan bahawa kelompok majoriti tidak bermasalah ini berkongsi faktor yang serupa, kemampuan mencapai tahap autonomi atau kuasa dalam tangan yang memuaskan dan hubungan positif terhadap ibu bapa.

Masalah remaja yang kerap timbul dalam masyarakat hari ini berkait rapat dengan masalah-masalah seperti delinkuent (tingkah laku) berisiko tinggi, penyalah gunaan dadah dan ketidak seimbangan emosi serta psikologi.

Kemiskinan, kesesakan tempat tinggal, kegagalan ibu bapa mengawal anak, konflik pasangan membawa penceraian, kondusi sekolah yang teruk dan permasalahan dalam hubungan percintaan merupakan fakor-fakor pembawa risiko inggi terhadap keadaan ini. Senario yang mengubah tingkah laku remaja berbeza dari sudut masalah, jarak umur dan tindakan-tindakan mereka mengikut gender. Pencegahan yang perlu dilakukan melibatkan pencegahan dari ibu bapa sendiri serta pada masa yang sama memohon bantuan orang lain serta pihak profesional.

Catatan bergambar penulis dari Seminar Kaunseling Kekeluargaan, Pendekatan Efektif Dalam Membimbing Remaja, 24 September 2005

Tinggalkan Komen

Kemahiran Berinteraksi Dengan Remaja.

Kemahiran Berinteraksi Dengan Remaja.

Kemahiran Berinteraksi Dengan Remaja merupakan slot pertama yang dikendalikan oleh puan Salmi Jalina Jalil, kaunselor Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPK). Dalam slot ini peserta seminar didedahkan dengan maklumat-maklumat asas berkenaan remaja yang perlu diketahui seawalnya sebelum terus kepada pendekatan-pendekatan penting untuk berkomunikasi dengan golongan ini.

Definisi berkenaan siapakah itu remaja menjadi permulaan pembentangan apabila ia dimaksudkan sebagai satu frasa transisi dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa. Menurutnya, peringkat perkembangan remaja melalui tiga fasa berbeza iaitu peringkat awal remaja antara 10 hingga 13 tahun. Kemudian ia diikuti peringkat pertengan remaja dalam lingkungan umur 14 hingga 7 tahun dan peringkat akhir remaja bermula dari 17 hingga 21 tahun.

Perkembangan remaja mengikut peringkat-peringkat ini mempunyai perbezaan dari sudut tindakan dalam kitar hidup mereka. Pada peringkat awal remaja, dominasi keluarga adalah ketara dan mula berubah apabila meningkat kepada fasa pertengahan yang memperlihatkan sedikit sikap penentangan kecil dan kehendak untuk berdikari dan kecenderungan terhadap jantina berbeza. Konsep hidup dan kematangan diri adalah antara ciri yang terdapat terhadap diri remaja apabila melalui fasa akhirnya.

Tiga isu utama yang perlu disedari oleh ibu-bapa apabila berhadapan dengan perubahan anak remaja meliputi isu penyesuaian diri terhadap ahli keluarga dan individu-individu lain serta terhadap diri, isu hubungan dan isu kecelaruan diri. Bagi berhadapan dengan isu-isu ini, ibu bapa mempunyai pendekatan dan caranya yang tersendiri untuk mengatasinya. Sebahagian ibu bapa mengamalkan pendekatan autokratik yang lebih kepada kawalan penuh ibu bapa, pesimif dengan memberi kebebasan serta kecenderungan yang lebih terhadap anak dan demokratik, iaitu pendekatan yang menggabungkan dua pendekatan awal tersebut.

Aktiviti-aktiviti bersama anak remaja adalah aktiviti yang perlu dirancang dalam menggalakan saluran positif ke dalam perkembangan hidup mereka. Kenakalan adalah faktor yang perlu difahami disebalik pilihan untuk bertindak sedemikian.

Ia meliputi empat perkara utama iaitu mengingini perhatian, sebagai mencabar kuasa ibu bapa, disebabkan keyakinan diri yang rendah dan keinginan membalas dendam. Keempat-empat perkara ini mempunyai strategi berbeza untuk mengendurkannya dan memerlukan ibu bapa memainkan peranan yang besar.

Emosi anak adalah perkara utama yang dibincangkan dalam sesi ini. Memahami emosi anak memerlukan pendekatan interpersonal yang menguntungkan dari sudut keakraban kekeluargaan. Membiasakan diri dengan menggunakan bahasa cinta untuk anak-anak adalah pendekaan emosi yang digalakan. Lima bahasa cinta tersebut ialah kata yang meyakinkan, masa berkualiti, memberi hadiah, berbakti dan sentuhan fizikal.

Catatan bergambar penulis dari Seminar Kaunseling Kekeluargaan, Pendekatan Efektif Dalam Membimbing Remaja, 24 September 2005.

Tinggalkan Komen